Teknologi merupakan kemajuan dalam bidang-bidang yang wujud dalam masyarakat pada hari ini yang mengambil alih sesetengah tugas manusia, menyelesaikan masalah manusia serta membawa keselesaan kepada manusia. Namun, adakah kewujudan teknologi yang maju ini hanya membawa kebaikan kepada kehidupan manusia? Kebaikan penggunaan teknologi dalam bidang seperti pertanian, pendidikan, perindustrian dan lain-lain memang banyak. Tetapi, penggunaan teknologi juga akan membawa kepada keburukan kepada kehidupan manusia. Yang pertama ialah sesetengah manusia akan menjadi semakin malas kerana terlalu bergantung kepada teknologi. Selain itu, peratusan pengganguran akan menjadi semakin tinggi kerana kerja-kerja manusia diambil ahli oleh mesin. Adakah pada suatu hari nanti kehidupan kita dimonopoli oleh mesin? Pada pendapat saya, penggunaan teknologi adalah digalakkan selagi ia tidak melebihi batasan yang akan menyebabkan kemunduran di kalangan manusia dari segi fizikal dan memonopoli kehidupan manusia.
Thursday, April 3, 2008
go! go! Ba eLit!
Wednesday, April 2, 2008
fuina, anis and shivani
Subscribe to:
Posts (Atom)
